Amar Baharin Kantoi Undi Diri Sendiri Untuk ABPBH 2014?

1339 views

Amar Baharin Kantoi Undi Diri Sendiri Untuk ABPBH 2014? | Amar Baharin antara pelakon lelaki kacak yang mempunyai ramai peminat. Namanya meletup selepas membawa watak ‘Abang Zin’ dalam drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan.

Amar Baharin Kantoi Undi Diri Sendiri Untuk ABPBH 2014?

Kerana bakat dan popularitinya, Amar Baharin telah dicalonkan untuk 2 kategori dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH)

Nak dijadikan cerita, Amar telah memuat naik gambar peminatnya memborong surat khabar untuk mengundinya. Dalam gambar itu kelihatan berpukal-pukal surat khabar. Dan beberapa peminat Amar kelihatan gigih bergotong royong mengisi satu persatu borang didalamnya.

Peminat Gotong Royong Undi Amar Baharin

Namun gambar itu telah mencetuskan salah sangka, bila ada yang mendakwa Amar Baharin ingin mengundi diri sendiri. Bukan itu sahaja, ada juga yang menganggap tindakan para peminat Amar itu sebagai membazir.

Komen peminat Amar Baharin Undi Diri Sendiri

 

Amar Baharin Kantoi Undi Diri Sendiri Untuk ABPBH 2014?

Mungkin kerana tidak mahu ada yang terus tersalah faham, Amar telah membalas komen-komen tersebut. Ini kata Amar,

komen Amar Undi diri sendiri

 

komen dari amar

Bila difikirkan balik, takkanlah Amar Baharin nak membazir duit beli surat khabar sebanyak itu hanya untuk mengundi diri sendiri. Lagipun Amar memang berbakat dan mempunyai peminat yang tersendiri. Dan jika itu kehendak peminat Amar untuk mengundi artis pujaan mereka, siapa kita untuk berfikir yang bukan-bukan. Betul tak?

sumber

Tags: #amar baharin anugerah bintang popular #amar baharin undi diri sendiri #pelakon amar baharin #peminat amar baharin borong suratkhabar