Alamak, Wartawan Terbocor Awal Keputusan Gegar Vaganza 2014?

908 views

Tentu ramai yang mengikuti program hiburan Gegar Vaganza yang menggantikan slot program realiti Akademi Fantasia 2014. Ia mula ditayangkan dua minggu lalu dan dikendalikan oleh Nabil serta Jihan Muse.

Program berkonsepkan pertandingan nyanyian ini membariskan artis lama yang pernah ‘meletup’ suatu ketika dahulu sebagai peserta yang berentap merebut gelaran juara.

Mungkin ada yang sedia maklum, Gegar Vaganza adalah program rakaman yang telah direkodkan sebelum hari tayangan. Makanya, sebagai media, kenyataan akhbar terkandung keputusan pertandingan yang diberikan lebih awal kepada mereka adalah ‘embargo’ dan tidak boleh disiarkan selagi program tersebut belum ditayang di kaca TV.

Sayangnya baru mula hendak mendapat tempat di hati penonton, seorang wartawan senior dikatakan telah membuat kesilapan yang tak disengajakan apabila tersilap mendedahkan senarai nama peserta yang layak ke peringkat final!

Alamak.. dah tak adalah elemen kejutan kalau macam ini kan?

Melalui satu artikel yang disiarkan di sebuah majalah hiburan. senarai enam peserta yang berjaya di pusingan separuh akhir iaitu Ifa Raziah, Rahmat Mega, Mamat Exist, Haleeda, Ayai Ilusi dan Fazli Zainal telah didedahkan kepada pembaca.

Tambah memburukkan keadaan, ada pula pembaca yang snap berita tersebut dan kemudian berkongsikannya di laman sosial sekaligus membuatkan keputusan ini tersebar ke pengetahuan lebih ramai orang.

Kalau betul apa yang telah disiarkan di majalah tersebut, maka elemen kejutan pastinya akan kurang dirasai, silap-silap rating pun boleh jatuh.

Rasanya, stesen TV terlibat kenalah tampil dengan back up plan untuk tarik perhatian semula perhatian penonton. – MYNEWSHUB.CC

Tags: #Alamak #Awal #gegar #Gegar Vaganza #Gegar Vaganza 2014 #Gegar Vaganza 2015 #gegar vaganza astro #Keputusan #Keputusan Gegar Vaganza #keputusan terbocor #Terbocor #Vaganza #wartawan #wartawan bocorkan keputusan #Wartawan Terbocor Awal Keputusan