Alaihai… Comelnya Siti Kasim

534 views

Alaihai… Comelnya Siti Kasim|Peguam dan aktivis Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kassim ditahan polis kerana didakwa menculik anak guam dan mengganggu penjawat awam menjalankan tugas, malam tadi.

Pada kejadian jam 9 malam di sebuah kondominium di Segambut, Kuala Lumpur itu, polis turut menyelamatkan wanita berusia 24 tahun dipercayai anak guam Siti Kassim.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, tangkapan susulan laporan ibu mangsa pada 21 Jun lalu yang memaklumkan anaknya dilarikan oleh Siti Kassim.

Beliau berkata, wanita berkenaan mendakwa anaknya ketika itu menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Kajang.

“Laporan polis juga dibuat oleh anggota polis yang mengiringi wanita berkenaan mengenai kekecohan berlaku di wad pemeriksaan ketika Siti Kassim menyerbu masuk walaupun cuba dihalang pengawal keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Fadzil berkata, sebaik menerima maklumat, polis mengesan mangsa di sebuah kondominium di Segambut.

“Ketika cuba diselamatkan, mangsa enggan memberikan kerjasama dengan mengunci diri di dalam rumah berkenaan.

“Bagi memastikan mangsa tidak mencederakan dirinya dan orang lain, kami terpaksa memecah masuk ke dalam rumah itu,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian dihantar ke hospital semula untuk menjalani prosedur pemeriksaan yang tertangguh sebelum ini.

Katanya, susulan itu, Siti Kassim ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, pada jam 12.40 tengah malam tadi.

“Permohonan reman akan dibuat untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana culik serta menghalang tugas penjawat awam,” katanya.

Kejadian itu turut tular di media sosial malam tadi yang merakam kekecohan insiden berkenaan.

Tags: #kena tahan #Siti kasim