Akibat Terlalu Banyak Makan Tauhu, 420 Batu Karang Dikeluarkan Dari Buah Pinggang

batu karangSekumpulan doktor di sebuah hospital di sini terkejut selepas mengeluarkan 420 batu karang dari buah pinggang seorang lelaki.

Pesakit itu yang dikenali sebagai He, 55, berjumpa dengan seorang doktor di Hospital Rakyat Dongyang pada bulan lalu kerana sakit perut yang teruk.

Selepas membuat imbasan X-ray, doktor terkejut apabila mendapati buah pinggang kiri lelaki itu dipenuhi batu karang.

Seorang doktor berkata, pesakit berkenaan menjalani pembedahan selama dua jam pada Jumaat lalu untuk mengeluarkan batu karang itu.

“Saya tidak pernah menemui pesakit yang mempunyai terlalu banyak batu karang di dalam buah pinggangnya