Akhirnya Cindy Ng Berdepan Berdepan Hukuman Gantung

2220 views

Akhirnya Cindy Ng Berdepan Berdepan Hukuman Gantung|Permatang Pauh: Kes remaja wanita berusia 19 tahun yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan seorang lelaki maut, Selasa lalu, kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mendapat arahan Pejabat Timbalan Pendakwa Raya negeri.

Sumber berkata, sebelum ini kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan selepas kertas siasatan disiapkan pihak pendakwaan mahu siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksan kerana membunuh.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenainya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kertas siasatan berkenaan kes akan dihantar semula kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

“Kita mahu suspek dituduh dengan segera memandangkan kes ini mendapat liputan meluas serta membabitkan kepentingan awam,” katanya kepada Harian Metro, di sini.

Dalam kemalangan itu, Mohamad Fandi Rosli, 26, maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 134, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Permatang Pauh, angkara remaja itu.

Remaja terbabit didapati positif dadah dan sudah dituduh di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam Jumaat lalu mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah berbahaya 1952 namun mengaku tidak bersalah.

Suspek kemudian dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin.

Tags: #Akhirnya Cindy Ng Berdepan Berdepan Hukuman Gantung #cindy ng bakal dihukum gantung #cindy ng dihukum gantung

loading...