Ajal Pertahan Maruah

705 views

Ajal Pertahan Maruah|Seorang Pelajar remaja wanita di temukan maut mengerikan dipercayai dirogol berulang kali sebelum dibunuh dengan kejam.

Mayat pertamakali ditemukan oleh ibunya di bilik mandi rumah mereka jalan satria medan pada jumaat semalam kira-kira jam 19.00.

Ketika ditemukan,tangan dan mulut mangsa yang dikenali sebagai Anggi Syahputri 16 di ikat,perutnya juga penuh dengan luka tikaman.

Lebih memilukan apabila wajah remaja perempuan itu hancur dipercayai di hentam menggunakan benda tumpul seperti batu.

Mangsa juga dipercayai turut dirogol sebelum di lemaskan dalam baldi berisi air hingga meninggal dunia.

Reskrim Polsek Percut Seituan, Iptu Philip Antonio yang menyiasat kes berkata,pihak mereka mempercayai pembunuhan Anggi dilakukan oleh orang terdekat.

“Mangsa dibunuh ketika tidak ada orang dirumah,pihak kami percayai suspek adalah orang dekat”katanya ketika dihubungi pagi ini.

“Dari hasil siasatan awal kami,mendapati adanya tanda-tanda bekas perlawanan mangsa di lokasi kejadian.kemungkinan besar mangsa melawan ketika dipaksa melakukan hubungan intim”tambahnya

Bagaimanapun misteri pembunuhan gadis malang itu mulai menemui titik terang apabila salah seorang saksi melihat dua lelaki datang berkunjung kerumah itu sebelum mayat di temukan.

“Tadi ada dua orang lelaki datang kerumah itu,entah itu kawan atau kekasihnya,kami tak tahu”kata saksi.

Sejak daripada itu siasatan pihak polis mulai mengembang ke arah kekasih mangsa yang dilaporkan hilang sejak semalam.

Tags: #Ajal #Maruah #Pertahan