“Ais Sakit” Bapa Paksa Ais Ikut

580 views

“Ais Sakit” Bapa Paksa Ais Ikut|Anak kepada suspek bom bunuh diri yang berlaku ahad kelmari di surabaya mengaku bapanya adalah dalang di sebalik tragedi berkenan.

Ais yang ketika itu sakit di paksa oleh ibu bapanya ikut ke surabaya menggunakan dua motorsikal,sebelum menyewa kereta jenis Avansa.

Dalam video yang tersebar di laman media sosial,jelas terlihat Ais terpinga-pinga selepas letupan bom sebelum anggota polis membawanya ke tempat selamat.

Ais dikatakan anak bungsu dari 4 beradik yang terlibat pengeboman itu,manakala kakak perempuanya maut mengenaskan.

Menurut polis Indonesia, siasatan berdasarkan temuramah dengan kanak-kanak yang terselamat mendapati mereka diasingkan daripada masyarakat “otak di cuci”

“Kanak-kanak terbabit ‘dipengaruhi’ pemikiran mereka oleh ibu bapa,” kata Ketua Polis Jawa Timur, Machfud Arifin, kepada Reuters.

Menurutnya, budak perempuan lapan tahun itu yang tiada bahan letupan diikat pada tubuhnya, tercampak sejauh tiga meter akibat letupan dan kini dirawat di unit rawatan rapi.

Menurut satu sumber Ais adalah seorang murid ahli beladiri yang dijadwalkan mengikuti kejuaraan bela diri di Malaysia

Tags: #Ais Ikut #Ais Sakit #Bapa Paksa