Air Susu Terakhir ibu

462 views


Air Susu Terakhir ibu|Kulai:Seorang guru wanita ditemukan maut di samping dua anaknya jam 8 petang semalam dirumah meraka.

Mayat pertama kali ditemukan oleh suaminya selepas pulang kerja bersendirian dengan dua anaknya dirumah.

Mangsa dikenali sebagi Cikgu Siti Rohana Redzuan(Sesi petang) smk bandar putra kulai baru lepas bersalin secara Ceaser anak kedua mereka.

Ketika ditemui mulut mangsa bebuih ,hidung berdarah dan anak pertama dalam posisi menyusu, menangis sambil muntah-muntah sementara anak kedua yang masih berusia 48 hari menangis tanpa suara (terlalu lama menangis).

Dimaklumkan adik ipar mangsa sempat datang kerumah untuk menghantar makanan kira-kira jam 3 petang,Kerana panggilan tidak ada sahutan,adik ipar mangsa pergi keranan menyangka mangsa tengah mandi.

jiran mangsa yang merupakan warga cina juga sempat mengetuk pintu rumah mangsa memandangkan terdengar suara tangisan,namun panggilan itu tidak bersahut.

Suami mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori,sampai dirumah mereka pada jam 8 malam dan menemui isteri dan kedua anaknya berada atas katil selepas menghidupkan lampu.

Hasil post mortem mendapati Peparu mangsa berair ,jantung bengkak.sebelum kejadian arwah sempat mengadu penat kepada suami sebelum di suruh berehat di rumah.