Air Mata Akil Mengalir Tanpa Suara

1106 views

kolokos

Air Mata Akil Mengalir Tanpa Suara |Adik Akil terselamat dalam nahas yang mengorbankan ibu bapa dan adik perempuannya.Mungkin dia kini agak sukar memahami apa yang berlaku, namun, apa yang jelas dia seperti merasai keperitan kehilangan ahli keluarganya apabila dia dilihat hanya termenung dan mengalirkan air mata setiap kali disapa oleh saudara mara.

Lebih menyedihkan, adik Akil terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri yang tinggal sehari lagi tanpa kelibat insan tersayang yang dipanggil Abi, Umi dan Adik. Tiada lagi belaian kasih sayang, gelak tawa mereka di hari raya. Semuanya hilang dalam sekelip mata.

Nenek Akil, Radziah Abu Bakar, 57, berkata Akil yang cedera di kaki masih trauma dengan kejadian dan enggan bercakap dengan sesiapa.

Saya cuba mengelak untuk bercakap mengenai kejadian itu dan memujuknya bercakap hal-hal lain, namun Akil enggan membuka mulut langsung.

Air matanya mengalir keluar tanpa suara seolah-olah menangis dalam hati. Luluh hati saya melihatnya. Saya kuatkan semangat dan beritahu dia masih ada tok abah dan tok umi,” katanya kepada Utusan Online ketika ditemui di Hospital Gua Musang hari ini.

Mohd. Akil Aliyuddin merupakan anak pasangan Mohd. Amin Firdaus Zakaria, 29, dan Mursyida Ahmad Latfi, 29, yang terkorban dalam nahas di Kilometer 12, Jalan Gua Musang-Kuala Krai pada pukul 1.20 pagi ini. Adiknya, Nur Hana Jannati, lima bulan turut maut.

Nahas tersebut turut mengorbankan pasangan kembar Mur­syida iaitu Munira, 29, suaminya, Norazami Mahat, 41, serta dua anak mereka, Raudatul Shazwina, 4, dan Mohd. Rifqi, tiga bulan.
Mengulas lanjut, Radziah memberitahu, Mohd. Akil Aliyuddin buat sementara waktu akan tinggal bersama dia dan suami­nya, Ahmad Latfi Mat, 60, di kediaman mereka di Kampung Kubang Badak, Kota Jembal, Kota Bharu.

Tags: #Air Mata Akil Mengalir Tanpa Suara