Adi Putra Cerai Kedua Dua Isteri

752 views

Adi Putra Cerai Kedua Dua Isteri|Status di laman Instagram aktor Adi Putra, 36, yang dimuat naik olehnya kira-kira pukul 1.30 petang hari ini mengundang tanda tanya dalam kalangan media dan peminat.

Berdasarkan status tersebut, Adi memuat naik status berbunyi, “Assalamualaikum WBT… Ramai yg bertanyakan tentang status rumah tangga saya, di sini saya ingin nyatakan yang saya tidak ada apa-apa hubungan dan kaitan lagi dengan @aidayusof15 (Aida) dan @marmobilespa (Shahida).

Pada rakan media yang saya hormati saya tidak ada apa-apa statement (kenyataan) untuk diberi. Dan beri penghormatan pada Aida dan Shahida agar tidak diganggu. Terima Kasih.”

Bukan itu sahaja, Adi turut menyertakan foto kedua-dua isterinya, Aida Yusof, 42 dan Norshahida Zolkifly, 34, yang dimuat naik bersama-sama kapsyen tersebut yang turut mengundang pelbagai reaksi daripada pengikutnya.
Bagaimanapun usaha Utusan Online mendapatkan maklum balas daripada Adi mahupun kedua-dua isterinya gagal memandangkan mereka tidak berjaya dihubungi.

Sementara itu, rata-rata para peminat Adi menzahirkan rasa simpati terhadap ujian yang menimpa pelakon KL Gangster itu dengan memberikan kata-kata semangat serta sokongan moral.

Sebelum ini heboh diperkatakan bahawa Adi terlebih dahulu mendaftarkan permohonan cerai terhadap Aida pada 3 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Dalam masa yang sama menerusi laman sosial instagram masing-masing, kedua-dua isteri pelakon ini turut memuatkan kata-kata positif yang tersirat seolah-olah menggambarkan kata hati mereka. – UTUSAN

Tags: #adi ceraikan kedua dua isteri #adi putra bercerai #Adi Putra Cerai #adi putra cerai dua isteri #Adi Putra Cerai Kedua Dua Isteri #adi putra ceraikan kedua isteri