“Adam Sejuk Ye Dalam Peti Tu” Ibu

5935 views

“Adam Sejuk Ye Dalam Peti Tu” Ibu|Adam sayang sejuk ya dalam peti ais tu,tak apa sayang nanti masuk surga semua dapat yang indah-indah.ingat pesan mama jaga diri kat sana .nanti mama dan papa datang ye sayang kita mandi buih lagi” itulah luah Farrah Madihah Othman, 28,ibu kepada Adam Rayqal Mohd Sufi,5 bulan yang di bunuh dan disorok mayatnya dalam peti ais oleh pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, Gombak.

Farah dalam talian pemberita turut mengucapkan ribuan terimakasih kerana mendoakan dan berusaha mencari adam semenjak suaminya Mohd Sufi, 28, memuat naik gambar Adam Rayqal di laman sosial meminta orang awam membantu mengesan anaknya itu.

Terkini diĀ  Difahamkan, suami isteri itu akan melakukan proses pengecaman terhadap mayat bayi lelaki berkenaan sebelum bedah siasat dilakukan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada jam 10.37 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad dalam sidang media di lokasi kejadian awal pagi tadi dipetik, berkata bayi itu ditemui lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau.

Polis sudah menahan pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya berusia 36 tahun di rumah sewa mereka, semalam.

Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek dibuat di Mahkamah Selayang, pagi ini, bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

BACA LAGI:Gambar mayat adam disorok dalam peti sejuk