Video Abang sado selamatkan budak jadi viral

467 views

Video Abang sado selamatkan budak jadi viral|”Disebabkan tanggungjawablah menyebabkan saya panjat juga bumbung tu. Apa cara sekalipun, saya kena pastikan kanak-kanak itu selamat.”

Itu kata kakitangan swasta, Ahmad Fadhil Mohamad Nor, 26, yang bingkas menyelamatkan budak lelaki berusia dalam lingkungan empat tahun di bumbung flat Taman Keramat, di AU3.

Video aksi tangkas Ahmad Fadhil menyelamatkan kanak-kanak itu menjadi viral, semalam.

Ahmad Fadhil, berkata dia ternampak budak itu ketika baru pulang dari gimnasium berhampiran flat itu, pada kira-kira 5 petang.

“Saya hairan kenapa beberapa penduduk flat itu berkumpul dan menjerit meminta bantuan. Kemudian saya terlihat kanak-kanak berada di atas bumbung.

“Dengan bantuan rakan, saya panjat bumbung untuk mendapatkan budak itu di tingkat tiga.

“Ketika saya merapati kanak-kanak itu, saya melihat dia dalam keadaan ketakutan. Alhamdulillah, usaha itu berjaya menyelamatkannya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, dia memerlukan kira-kira setengah jam untuk meyelamatkan kanak-kanak itu.

“Saya tidak pasti bagaimana kanak-kanak itu boleh berada di bumbung berkenaan. Apapun, semoga kejadian seperti itu tidak berulang,” katanya.

Menurutnya, dia juga tidak menyangka rakaman video yang diambil penduduk flat itu viral di laman sosial.

“Ada rakan memberitahu saya video itu viral. Semoga video itu menjadi panduan dan pengajaran buat ibu bapa supaya sentiasa memastikan pergerakan anak mereka.

“Jangan sesekali mengabaikannya supaya tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini terhadap anak kita,” katanya.

Tags: #Video Abang sado selamatkan budak jadi viral| #video selamatkan budak