9 Fakta disebalik Pembunuhan Nur Alya Damia

6373 views

9 Fakta disebalik Pembunuhan Nur Alya Damia|Remaja perempuan berusia 19 tahun ditemui mati dibunuh di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, Port Dickson semalam telah pun selamat di kebumi di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, di Klang, jam 6.50 petang tadi.

Misteri pembunuhan Nur Alya Damia Hairi sehingga kini masih lagi dalam siasatan pihak polis Daerah Port Dickson.

Merujuk kepada tajuk berikut adalah beberapa fakta yang perlu anda tahu berkait pembunuhan Nur Alya Damia Hairi .

1.Menurut siasatan awal mendapati mangsa keluar dari rumah sewanya di Taman PD Idaman selepas dijemput suspek (bekas teman lelaki) dengan menaiki Proton Wira dan mereka dikatakan pergi ke satu lokasi berdekatan taman perumahan itu.

2.Sementara rekan mangsa, Ain Zulaika Zamuri, 19 berkata, Nur Alya Damia sebelumnya telah memaklumkan dia mahu keluar dari asrama kolej untuk bertemu dengan  lelaki yang juga merupakan pelajar kolej yang sama  di kawasan berhampiran pada jam 9 malam.

3.Merasakan ada sesuatu yang tidak kena, Ain kemudian menghubungi  lelaki itu dan terkejut apabila dimaklumkan dia tidak bertemu dengan Nur Alya Damia.

4. Jam 10.30 malam Izwan Mustaffa, 30, menemui mayat mangsa ketika mahu membuang sampah di depan rumahnya. Izwan yang dalam ketakutan kemudian memaklumkan penemuan yang mengejutkan itu kepada jiran sebelum menghubungi pihak polis.

5.Ain dan dua rakan sebilik yang lain bertindak mencari mangsa dengan menunggang motosikal. Sebaik tiba di Taman PD Permata, mereka ternampak anggota polis dan orang ramai berkumpul di tepi jalan.

6.Susulan penemuan mayat itu 15 menit kemudian polis telah menahan seorang pelajar lelaki dari kolej yang sama dipercayai bekas teman lelaki mangsa.

7.Berlaku perselisihan faham di dalam kereta sehingga mangsa dicekik oleh suspek selama beberapa minit yang menyebabkan kematiannya

8.Menyedari mangsa sudah meninggal dunia, suspek yang ketakutan mencampakkan mayat mangsa di tepi Japan di Taman PD Permata sebelum ditemui orang awam.

9.Kali terakhir  arwah dilihat sangat riang dalam kelas sehingga ditegur oleh pensyarah  yang turut hairan dengan kelakuan arwah ketika  itu.

Tags: #9 Fakta #disebalik #Nur Alya Damia #pembunuhan