8 maut ditembak di Krabi

533 views

8 maut ditembak di Krabi|Lapan individu, termasuk tiga remaja, mati ditembak sekumpulan lelaki bersenjata di wilayah Krabi, dipercayai berpunca daripada konflik peribadi.

Menurut polis, sekumpulan enam atau tujuh lelaki berpakaian celoreng menyerbu sebuah rumah di selatan wilayah itu pada kira-kira jam 4 petang (waktu tempatan), semalam.

Kumpulan itu menahan 10 tebusan dan menunggu pemilik kediaman itu pulang. “Pemilik rumah itu tiba kira-kira jam 8 malam dan mangsa digari dan mata mereka ditutup sehingga tengah malam apabila suspek melepaskan tembakan,” kata Ketua Daerah Ao Luek, Chaiwut Buathong, kepada AFP.

Chaiwut berkata, enam mangsa maut di tempat kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia di hospital dengan tiga daripada mangsa adalah remaja perempuan bawah usia 15 tahun.

Katanya, seorang daripada tiga mangsa yang dirawat di hospital dilaporkan dalam keadaan kritikal

Tags: #8 maut ditembak di Krabi