8 Gambar: Dua Pelajar Antara Tiga Maut Terlibat Kemalangan Ngeri

1657 views

oklks

8 Gambar: Dua Pelajar Antara Tiga Maut Terlibat Kemalangan Ngeri|Dua pelajar sekolah menengah antara tiga yang maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Padang Sebang, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, Nur Syarifah Azura Ramzi, 16; Muhammad Haziq Norhesyam, 15; dan Herman Md Johan, 23, maut selepas kereta Proton Saga dinaiki bersama Muhammad Daniel Jamaluddin, 15, dari arah Tampin, Negeri Sembilan ke Alor Gajah, bertembung dengan Perodua Axia dari arah bertentangan.

Difahamkan Nur Syarifah Azura dan Herman meninggal dunia di tempat kejadian, dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah, manakala Muhammad Haziq meninggal dunia di Hospital Tampin.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri Pemangku Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, seorang lagi penumpang tempat duduk belakang Proton Saga iaitu Muhammad Daniel masih dirawat di Hospital Tampin.

 

Katanya, pemandu kereta Perodua Axia Tan Chee Song, 29; Zainaf Hussin, 35, (Proton Exora); cedera dan dirawat di Hospital Tampin manakala pemandu Proton Wira Norsuhaila Sulaiman, 26, tidak cedera.

“Difahamkan kereta Proton Saga dari arah Tampin hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan kerana keadaan jalan licin akibat hujan lebat, bertembung dengan kereta Perodua Axia dipandu Chee Song.

“Akibat pertembungan itu, Proton Exora dan Wira di belakang kereta Perodua Axia tidak sempat mengelak lalu terbabit sama dalam kemalangan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

15032894_190902738030817_678714493779738828_n

15036670_190902864697471_8710642684515903175_n

15056309_190902811364143_9073460954725448282_n

14937455_190902774697480_6609504828907302864_n

14925655_190902894697468_6076240496888797475_n

14947614_190902701364154_2947997689737917552_n

 

Tags: #dua pelajar #Gambar #jalan padang sabang #KEMALANGAN NGERI #Maut