8 ANGGOTA POLIS LALOK DICEKUP

889 views

polis lalok

 

8 ANGGOTA POLIS LALOK DICEKUP | Kuala Lumpur: Pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman melancarkan operasi bagi mengesan segelintir pegawai dan anggota polis ‘lalok’ akibat terjebak dengan aktiviti penagihan dadah.

Difahamkan segelintir anggota polis menagih dadah secara sembunyi dengan alasan sekadar mahu mencuba-cuba dan terpengaruh dengan ajakan rakan.

Dalam kes terbaru, pasukan pemantau khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman melakukan pemeriksaan mengejut terhadap lima pegawai dan 119 anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor.

Ujian dilakukan bermula sekitar jam 10.30 pagi itu membabitkan anggota polis daripada pelbagai jabatan dan balai polis di daerah itu.

Hasil ujian dilakukan itu mendapati enam daripada anggota polis pelbagai pangkat itu positif mengambil dadah syabu sebelum diambil tindakan tatatertib.

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang anggota polis bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor turut diberkas Khamis lalu selepas didapati positif mengambil dadah.

Anggota polis berusia 25 tahun itu dikatakan tidak hadir bertugas sejak dua minggu lalu sebelum dikesan muncul di pejabatnya sekitar jam 2.30 petang.

Dia yang didapati dalam keadaan khayal kemudian ditahan dan dibawa ke Jabatan Narkotik untuk menjalani ujian air kencing.

Hasil pemeriksaan mendapati suspek positif mengambil dadah morfin dan syabu.

Malah pemeriksaan terhadap beg galas milik konstabel itu menemui pEket berisi dadah heroin dan syabu seberat lebih 300 gram.

Susulan itu suspek ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, seorang lagi anggota polis berpangkat Lans Koperal turut ditahan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak selepas didapati positif mengambil dadah..

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16585#sthash.tVfVKF00.dpuf

Tags: #8 anggota polis dicekup #Anggota #anggota polis dicekup lalok #anggota polis lalok #angota polis positif dadah dicekup #lalok #Polis #polis kantoi pakai dadah dicekup #polis lalok dicekup #polis mengabil dadah dicekup