7 Petua Anak Demam Panas

1003 views

7 Petua Anak Demam Panas

Ingat bila saat akan kita demam panas waktu malam? Sambil menggigil-gigil dan muntah atas katil. Menggelabah bukan? Makan pun kita tidak lalu, selagi anak tidak sembuh!
Zuriat yang lahir daripada darah daging kita merupakan sebuah anugerah yang terindah dan amanah yang perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak adalah satu pelaburan yang akan memberi ganjaran yang cukup besar di dunia dan akhirat. Oleh hal yang demikian, ujian yang diberi oleh Allah dalam membesarkan anak-anak perlulah kita terima dengan kesabaran yang tinggi dan usaha di samping berdoa kepadaNya.
Proses pembesaran kanak-kanak akan mengalami gangguan kesihatan seperti demam. Anak kecil sering dan mudah dijangkiti bakteria yang akan menyebabkan demam. Peringkat umur antara 1 tahun- 2 tahun, mudah dijangkiti kuman kerana mereka dalam proses mengenali, ingin mencuba. Jadi apa sahaja yang ada di depan mata mereka akan makan. Dalam peringkat ini juga, mereka masih menghisap jari. Apabila tangan anak basah, kekotoran mudah melekat pada tangannya. Kesannya, anak akan mudah demam kerana dijangkiti kuman. Jadi apa yang perlu ibu bapa lakukan? Mari kita lihat petua, tips dan cara yang mudah ini.
‘Check’ suhu selalu

1.Sukat suhu badan anak

Suhu badan yang normal ialah 36.7 C. Justeru, gunakan termometer yang boleh didapati di kedai-kedai farmasi. Sebaiknya, setiap famili ada termometer ini. Sama ada, jenis letak di dahi, di mulut, atau di telinga. Terpulang kepada bajet dan kemampuan. Alat ini penting dan perlu ada di rumah untuk kecemasan. Semasa anak demam, menjadi tugas anda untuk sentiasa cek suhu badan dia. Kawal suhu badan anak anda, jika terlalu panas dan melebihi 38 darjah celcius, ambil inisiatif untuk menurunkan suhu badan anak anda.
7 Petua Anak Demam Panas
Gunakan kain basah

Gunakan kain basah

2.Tuam kepala dan badan anak

Jika suhu badan terlalu panas, ambil tuala dan rendamkan dalam air paip, kemudian tuam seluruh badan anak anda, di bahagian kepala terutamanya. kemudian tuamnya juga di bahagian pelipat seperti ketiak, celah peha, dan celah kaki. Tuala yang dibuat tuam itu perlu di celup semula dengan air setelah digunakan. Jangan biar tuala itu di dahi terlalu lama. Jangan pakaikan baju tebal, hanya pakaikan singlet dan kain nipis untuk menutup badannya. Jika masih juga panas, segera mandikan dia dengan air paip, pastikan kepala dia sejuk sedikit dan tidak terlalu panas.
Jangan guna bunga raya, daunnya sahaja

Jangan guna bunga raya, daunnya sahaja

3. Guna daun bunga raya

Petua orang tua-tua harus dipercayai dan boleh diamalkan. Jika suhu badannya masih belum turun, pagi-pagi anda petik beberapa helai daun bunga raya, basuh dan kemudian rendam selama 30 minit. Kemudian daun tersebut anda potong kecil-kecil. Kemudian tapis dan ambil lendir daun tersebut. Lendir daun bunga raya boleh menurunkan suhu panas badan. Celupkan tuala dalam lendir daun itu, kemudian lumurkan lendir di kepala dan seluruh badan anak anda, buat selama 20-30 minit, insyaAllah, demam anak akan kebah.
Ganti makanan lain dengan bubur

Ganti makanan lain dengan bubur

4. Beri anak makan bubur

Anak yang demam tiada selera makan kerana tekak mereka sakit akibat suhu badan yang terlalu panas. Jangan sampai terjadi tonsillitis. Masakkan bubur kosong dan hanya bubur sedikit garam sahaja. Pastikan dia masih mampu makan untuk sembuh dari demam. Berikan makanan yang lembut dan tidak menyakitkan tekaknya. Jika dia tidak makan, badan anak tidak cukup tenaga untuk melawan penyakit. Aiskrim Vanila juga boleh diberikan kepada si kecil jika tekaknya sakit. Atas nasihat doktor, aiskrim vanilla dapat melegakan rasa panas dan sakit tekak. Boleh cuba beri anak makan sayur jika anak suka.
Minum susu adalah lebih berkhasiat

Minum susu adalah lebih berkhasiat

5. Minum banyak air dan susu

Berikan anak air masak yang secukupnya. Ini kerana ketika demam, suhu badan yang meningkat akan menyebabkan badannya mudah kekeringan air. Badan yang kekeringan air lebih lambat untuk sembuh dan ini akan membawa kepada masalah yang lain pula seperti ketidakseimbangan elektrolit (garam galian) di dalam badan dan kalau kekeringan air ini dibiarkan melarat, boleh menyebabkan anak mendapat sawan, kerosakan buah pinggang dan otak dan mungkin boleh menyebabkan kematian. Jika anak anda minum susu formula, berikan susu formula yang selalu dia minum. Jika anak masih menyusu badan, berilah sekerap mungkin dia susu supaya panas badannya berkurang. Susu ibu juga penawar dan antibodi melawan penyakit.
Jika tekaknya sakit untuk minum, tampalkan ‘Kool Fever’ ditekaknya untuk kurangkan sakit tekak. Jus buah yang dicairkan, sup ayam atau sup daging, air nasi, air kelapa, air barli juga boleh diberikan jika anak anda sudah besar.
Anak perlukan perhatian

Anak perlukan perhatian

6. Sentiasa di sisi anak

Anak yang tidak sihat, mereka memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Jadi, kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa berada di sisinya ketika dia tidak sihat. Tanya keperluannya, perasaan dia, berbual-bual dengannya. Bacakan buku kegemarannya. Tonton bersama cerita kesukaannya. Apa yang dia mahukan jika masih tidak keterlaluan, segerakan beri kepadanya. Sentiasa memeluk dan mencium anak dan bisik di telinganya, ibu sayang awak, sihat cepat sayang nanti kita pergi jalan, bersiar-siar, bermain. Beri semangat padanya. Pasti anak anda akan lebih cepat sembuh dari sakitnya.
Doa ibu sangat mustajab

Doa ibu sangat mustajab

7. Berdoa pada Allah

Doa juga merupakan senjata utama dalam setiap masalah yang kita hadapi. Walau sejauh mana pun kita ikhtiar, tetapi kita tidak memohon kepadaNya, samalah macam kita tidak percaya kekuasaanNya. Jadi sebagai umat Islam, kita haruslah memohon pertolongan kepada Allah untuk memudahkan segala urusan kita dalam membesarkan anak-anak, berdoa agar diberi kesihatan yang baik kepada keluarga. Tambah pula dengan membuat solat-solat sunat, InsyaAllah, Allah akan perkenankan doa hambanya yang berserah dan hanya percaya kepadaNya. Allah hanya akan menguji hambaNya yang mampu menanggung ujian itu.

Kesimpulan

Tindakan awal dari ibu bapa dapat mengelakkan perkara yang lebih teruk berlaku. Sawan terutamnya dapat kita elakkan jika semua langkah awal telah diambil. Jangan seperti perumpamaan Melayu, nasi sudah menjadi bubur, buat apa pun tak jadi. Walau bagaimanapun, semua tindakan harus disusuli dengan doa supaya lebih berkat dan segala urusan kita dapat dipermudahkan. Semua ibu-bapa ingin anak gembira. Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan mereka.
Seperkara lagi, jangan ambil ringan jika anak demam. Paling penting, jangan panik. Jika tidak tahu mahu buat apa, terus bawa berjumpa doktor. Jika berlaku pada waktu malam, terus bawa ke hospital.
Sumber

Tags: #'Petua' #Anak #Demam #Panas