7 pelajar maut di hempap tembok

430 views

7 pelajar maut di hempap tembok|7 pelajar maut di hempap tembok|Jakarta: Tujuh pelajar maut manakala empat lagi cedera selepas dihempap tembok usang setinggi 20 meter ketika melakukan latihan tarian dalam kejadian di Desa Geresik Jawa Barat, Indonesia.

Portal Sindonews melaporkan, mangsa yang maut terdiri daripada pelajar sekolah menengah rendah dan polis masih lagi mencari mayat salah seorang daripada mereka.

Portal itu memetik seorang penduduk, Karyana berkata, mangsa hadir menjalani latihan tarian di studio Dalang Hemran kira-kira jam 11 pagi tadi sebelum tembok batu itu tiba-tiba runtuh.

Beberapa anggota polis yang bergegas ke tempat kejadian, turut dibantu penduduk untuk mencari mangsa di bawah runtuhan berkenaan.

Sehingga kini, anggota gabungan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan polis masih meneruskan usaha itu.

Mayat enam mangsa dihantar ke Hospital Arjawinangun manakala mangsa yang cedera menerima rawatan di pusat kesihatan berhampiran.

Manakala Metrotvnews yang memetik Ketua Polis Cirebon, Risto Samodra berkata, ia adalah tembok bangunan usang yang menempatkan sarang burung walit.

Tags: #7 pelajar maut #di hempap #Tembok