7 Ciri Ciri Dia Pilihan Pasangan Kita

760 views

7 Ciri Ciri Dia Pilihan Pasangan Kita | Kesempurnaan mungkin tidak boleh didapati dalam diri seseorang. HAZRIL MDNOR percaya setiap anak muda inginkan pasangan yang memahami diri dan sentiasa membuatkan anda rasa bahagia.

ciri

Mampu mempertahan hubungan

Ramai orang kata, kita tidak boleh terlalu cerewet dan ‘memilih’ mencari pasangan. Tapi bagi mereka yang benar-benar inginkan kebahagiaan dalam percintaan, pastinya topik ini menjadi sebutan kerana apabila kita salah memilih pasangan, mulalah timbul isu tidak serasi. Perhatikan beberapa ciri yang boleh dijadikan panduan untuk anda memilih pasangan.

Berperwatakan kelakar

Lelaki yang dapat memberikan senyuman dan ketawa buat seorang perempuan adalah yang paling dicari. Wanita menggemari lelaki yang boleh membuatkan dirinya rasa terhibur dan lupakan masalah buat seketika. Tapi ingat, lawak yang berlebihan mungkin menyebabkan pasangan anda mula menyampah.

Komitmen berpasangan

Dalam apa jua hubungan percintaan, ­komitmen menjadi kayu ukur tahap ­keberanian dan keikhlasan cinta seorang kepada pasangan sama ada lelaki ataupun wanita. Apabila sudah menjengah usia senja, faktor ini menjadi keutamaan kerana setiap pasangan ingin melangkah ke mahligai percintaan bukannya mempertaruhkan ‘cinta monyet’.

Penampilan menarik

Tidak salah jika penulis katakan bahawa penampilan memainkan peranan penting dalam perhubungan. Bukan saja wanita malah lelaki juga inginkan pasangannya berpenampilan menarik dan cantik di matanya. Bagi dirinya, pasangan adalah segala-galanya dan mereka juga perlu berhias diri untuk kelihatan cantik dan serasi apabila keluar bersama.

Tak kejar kesempurnaan

Bukan semua orang sempurna namun masih ada yang ‘kejar’ kesempurnaan. Itu antara senario yang berlaku pada anak muda masa kini. Bagi wanita, mereka mahukan lelaki yang boleh menerima kekurangan dan tidak memandang kecantikan semata-mata. Kalau benar seorang lelaki menyayangi pasangannya, kecantikan bukanlah kriteria utama dalam perhubungan.

Pendengar baik

Jika ingin bercinta, bukan saja kasih sayang yang diperlukan tapi juga persefahaman. Bagi si wanita, mereka memerlukan lelaki yang boleh memahami dirinya dan mendengar masalah bila saja diperlukan. Jika anda seorang pendengar yang baik, berkemungkinan hubungan akan jadi lebih kukuh kerana anda mampu untuk menyelesaikan masalah pasangan.

Diterima keluarga

Restu ibu bapa itu penting dalam hubungan yang ingin dilanjutkan ke alam perkahwinan. Tanpa restu ibu bapa, hubungan itu mungkin tidak diberkati. Justeru, carilah pasangan yang sememangnya boleh menyayangi anda dan juga keluarga. Jika dia boleh menerima anda, pastinya dia mampu menerima keluarga anda juga.

Jujur dan ikhlas

Dua sifat ini menjadi benteng kukuh yang mempertahankan hubungan ­seseorang. Oleh itu, secantik atau sekacak manapun pasangan, jika dia tidak jujur dan ikhlas maka sukar untuk lanjutkan hubungan. Walaupun hubungan anda berdua dikategorikan jarak jauh, jika si dia jujur dan ikhlas, nescaya hubungan anda mampu dipertahankan hingga ke jenjang pelamin.EBERITA.ORG

Tags: #ciri ciri pasangan #ciri ciri pasangan bosan #ciri ciri pasangan curang #ciri ciri pasangan ideal #ciri ciri pasangan setia #ciri ciri pasangan yang baik #ciri ciri pasangan yang jodoh #ciri pasangan #ciri pasangan baik #ciri pasangan curang #ciri pasangan hidup dari tuhan #ciri pasangan mengikut tarikh lahir #ciri pasangan mulai bosan #ciri pasangan selingkuh #ciri pasangan serasi #ciri pasangan setia #CIRI2 PASANGAN KITA #ciri2 pasangan selingkuh