7 Ciri Orang Malas Kerja!

682 views

malasAlangkah senangnya bila kita boleh melewati hari-hari kerja dengan bahagia. Ramai antara kita tidak berasa bahagia dan seronok ketika melakukan pekerjaannya. Betul kan…

Setiap kali hari isnin datang, perasaan malas mula muncul. Bayangan akan menghadapi rutin bangun pagi, berebut mengejar bas, kesesakan di jalan, berhadapan dengan kerja, tekanan dan bebanan kerja dan semua yang berkaitan dengan pekerjaan, membuat anda malas.

Jangan dibiarkan saja rasa malas yang menghantui diri. Rasa malas di tempat kerja harus segera diketahui dan cari penyelesaiannya. Jika anda terus-terusan membiarkan rasa malas menguasai diri, sedikit sebanyak ia akan mendatangkan kerugian pada diri anda.

Penyebab Rasa Malas

  1. Terlibat dengan konflik

Konflik di dunia kerja tidak boleh dielakkan. Rasa hasad dengki rakan sekerja, suasan yang tidak sesuai, bersama pasukan kerja yang menjengkelkan, gosip pejabat dan politik pejabat yang terlalu kuat sehingga anda merasakan kejengkelan dan membuat suasana kerja tidak kondusif. Keadaan seperti ini memang tidak selesa. Tetapi cuba fikirkan, anda mahu karier terbantut hanya disebabkan beberapa konflik di pejabat? Fikir sebelum terlambat.

  1. Pekerjaan tidak mencabar

Ada jenis pekerjaan yang hanya memerlukan kebiasaan dan ketekunan melakukannya. Tidak ada cabaran, tidak memerlukan penambahbaikan, serta tidak memancing daya imaginasi dan kreativiti. Tidak hairan kalau anda mudah bosan. Cuba fikirkan semula, dan mulakan cari peluang mendapatkan pekerjaan lain yang lebih mencabar.

  1. Pernah melakukan kesalahan

Jika anda pernah melakukan kesilapan besar di pejabat dan diberi peluang kedua oleh pihak atasan pasti banyak mulut yang akan mengata sesuatu tentang anda. Hari-hari yang anda lalui pasti sukar dengan suasana seperti itu. Lama-kelamaan wujud rasa malas untuk ke pejabat.

  1. Pihak atasan

Bekerja di bawah atasan yang cerewet, banyak menuntut, tidak menghargai pekerja, bossy, pemarah, dan tidak ramah sama sekali bukanlah situasi yang diinginkan setiap pekerja. Perasaan takut, stress, dan tidak selesa bekerja tentu mengganggu. Tapi, manusia dilahirkan dengan kemampuan menyesuaikan diri. Pelajari sifat atasan anda, lalu mulakan belajar meminimakan melakukan hal-hal yang tak disukainya agar anda terhindar dari masalah. Elakkan bersifat malas kerana ia bukanlah penyelesaian yang baik.

  1. Gaji tidak mencukupi

Salah satu tujuan utama bekerja adalah untuk mencari nafkah. Setiap orang ingin bekerja dan dihargai sesuai kemampuan dan tanggungjawab yang dipikulnya. Gaji yang sesuai akan membuat seseorang bekerja dengan perasaan selesa. Sebaliknya, mereka yang menerima gaji dengan jumlah tidak sesuai dengan jangkaan dan keperluan tentu akan banyak mengeluh apabila bekerja. Jika merasa gaji anda terlalu kecil, usahakan memperkatakannya dengan atasan. Jika tidak berjaya, anda punya pilihan untuk mencari pekerjaan lain yang mampu membayar anda dengan layak. Tetapi perlu diperhatikan, anda harus jujur dengan kemampuan yang anda miliki.

  1. Tidak sesuai minat

Mempunyai keghairahan dalam bekerja akan membuat seseorang bersemangat menjalani hari-hari kerjanya. Keadaan sebaliknya berlaku bila seseorang ditakdirkan menjalani pekerjaan yang tidak sesuai dengan minat dan kegemarannya. Tanpa ghairah, bekerja akan menjadi rutin saja, tanpa ada keinginan untuk mengerahkan segala potensi yang dimiliki. Bagaimana jika anda tak boleh keluar dari pekerjaan yang tidak sesuai dengan minat? Ayuh, anda tak menghabiskan masa tujuh hari seminggu, 24 jam sehari di pejabat, kan? Manfaatkan masa luang untuk menyalurkan kegemaran dan melakukan tuntutan diri. Jika membolehkan, lakukan double job. Lakukan aktiviti kegemaran anda sebagai pekerjaan sampingan. Jika tidak, anda tetap boleh bersenang-senang dengan hobi dan kegemaran anda sebagai aktiviti sampingan dan percutian. Mengapa tidak?

  1. Pemalas

Orang yang malas bekerja tidak disebabkan hal apapun kecuali dirinya sendiri yang sememangnya malas bekerja. Ubah diri anda dan mentaliti orang lain terhadap anda.

sumber: http://www.wom.my/

loading...