6 Gambar kepala tercampak 10 meter dari badan

1778 views

6 Gambar kepala tercampak 10 meter dari badan|Seorang lelaki warga tua maut selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda ketika melintas di Jalan Tuaran, berhampiran Sekolah Menengah (SM) Shan Tao, Likas di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 6.14 pagi, Lee Thien Yu, 62, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu pacuan empat roda Toyota Fortuner itu tidak cedera.

Difahamkan, kenderaan yang dipandu lelaki berusia 37 tahun itu dalam perjalanan dari arah Inanam menuju ke Kota Kinabalu sebelum terlanggar pejalan kaki lelaki itu yang tiba-tiba melintas jalan.

Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas kepalanya terputus dan tercampak kira-kira 10 meter dari badan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian mangsa yang tidak memastikan laluan jalan raya selamat sebelum melintas.

“Kita juga dapati ada laluan pejalan kaki kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

 

Tags: #6 Gambar kepala tercampak 10 meter dari badan #kemalangan kepala putus #kemalangan putus kepala #kepala putus