6 Gambar : Kemalangan Maut Lebuh Raya Utara Selatan

909 views



IPOH: Dua maut dan seorang lagi cedera parah dalam kemalangan di KM256.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan ke utara selepas Terowong Menora dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Ghuzlan Salleh ketika dihubungi Bernama berkata kejadian yang berlaku lebih kurang jam 11 pagi ini membabitkan beberapa buah kenderaan.

“Setakat ini, maklumat yang kita terima, dua orang maut dan seorang lagi cedera parah,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata kemalangan itu membabitkan lima kenderaan iaitu masing-masing sebuah lori treler, lori, kereta jenis Perodua Myvi, kenderaan pelbagai guna jenis Alza serta kereta jenis Honda City.

“Operasi menyelamat dilakukan oleh pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar. Keseluruhan mangsa yang terlibat adalah 15 orang,” katanya.

Jurucakap Plusline ketika dihubungi berkata lalu lintas di lebuh raya dari arah Ipoh masih mengalami kesesakan sepanjang 13 kilometer.

Bagaimanapun lalu lintas kembali lancar selepas kawasan kejadian, katanya.

Plus mencadangkan supaya pengguna lebuh raya menuju ke utara melencong kenderaan mereka keluar di plaza tol Ipoh Selatan dan masuk kembali di plaza tol Kuala Kangsar bagi meneruskan perjalanan. – Astro Awani

Tags: #Gambar #Kemalangan #Lebuh #Maut #Raya #Selatan #Utara