6 Fakta Disebalik Pembunuhan Kejam 3 beradik

10821 views


1.Mangsa sempat minta tolong.
Nur Zuryn, 9, yang juga kakak sulung kepada tiga beradik yang maut dalam kejadian itu sempat berlari ke arah rumah Mariam Yaakob, 65, sebaik tubuhnya dilibas dengan parang oleh suspek.

Tindakan Nur Zuryn yang terus berlari meninggalkan kawasan sekolah menuju ke rumah Mariam berjaya menyelamatkannya daripada kecederaan parah.

Nur Zuryn kemudian berlindung seketika di rumahnya manakala anak Mariam, Mubarak Mohamad Yaacob, 24, membawa rakan Nur Zuryn yang dikenali sebagai Aina, yang cedera di tangan dan kepala akibat ditetak, ke Klinik Kesihatan Selekoh untuk menerima rawatan.

Mariam berkata, ketika itu dia melihat lelaki berkenaan masih mundar-mandir di hadapan sekolah dan mengejar sesiapa sahaja yang berada di hadapannya termasuk beberapa anggota polis yang cuba menenangkannya.

“Mak cik melihat bajunya berlumuran darah, tetapi tidak pula menyangka dia sanggup membunuh tiga anak Ida (Zuraidah) dengan kejam,” katanya

2.Haq teruja mahu berpuasa tapi.

“ESOK (hari ini) Haq tak boleh makan sebab kena berpuasa.”Itu antara kata-kata terakhir Mohammad Faqhqih Zahirulhaq Mohd Fadzil, 5, salah seorang daripada tiga beradik yang maut akibat ditetak semalam

Ibu saudara mangsa, Sabiha Abu Bakar, 43, berkata anak saudara yang lebih manja dengan panggilan Haq itu memang teruja mahu berpuasa.

“Saya masih terbayang keletah manja mereka, dan saya tidak mampu menahan sedih apabila mereka sudah tiada.

“Haq paling teruja nak berpuasa, bapanya juga banyak membuat persiapan untuk berbuka puasa dengan anak-anaknya,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, hari ini.

3.Suspek positif dadah

SUSPEK yang dipercayai menyebabkan kematian tiga beradik dan mencederakan empat yang lain positif dadah.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, ujian saringan awal menunjukkan suspek yang berusia 35 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine dan ganja.

“Hasil siasatan ke atas suspek mendapati, dia berada dalam keadaan sedar ketika kejadian itu kerana dia tahu siapa (mangsa) yang hendak dicarinya.

“Ini kerana jarak rumah antara suspek dan mangsa hanya kira-kira 300 hingga 400 meter sahaja dan suspek adalah rakan sekerja dan kenalan kepada bapa mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, Teluk Intan, hari ini.

Ditanya sekiranya suspek dan bapa kepada adik-beradik itu mempunyai perselisihan faham, Mohd Marzukhi berkata, beliau tidak dapat memastikan perkara itu kerana siasatan masih dilakukan.

4.Suspek dakwa rasa tidak tentu arah’

AKU ni ‘libang-libu’ (tidak tentu arah).” Itu ungkap suspek
kepada ibu saudaranya yang hanya mahu dikenali sebagai Siti ketika mereka bertemu di rumah lelaki terbabit, sehari sebelum kejadian.

Siti, 60-an, berkata dia pergi ke rumah suspek yang dipanggil ‘Yang’ dalam kalangan ahli keluarganya pada Selasa lalu untuk membeli buah dan daun pisang.

“Saya selalu membeli daun dan buah pisang di rumahnya (suspek). Dia mengizinkan saya untuk mengambil pisang, tetapi pada masa sama dia kelihatan tidak tentu arah.

“Selepas mengambil buah pisang, saya ada menghulur wang RM10 tetapi dia menolaknya. Dia kemudian berkata ‘aku ni libang-libu’.

“Saya rasa tidak sedap hati dan takut dengan kelakuan dia yang kelihatan tidak tenang dan sedikit agresif, jadi saya terus menghidupkan enjin kereta dan pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Siti berkata, suspek sebenarnya seorang yang sangat rajin dan selalu membantu keluarga serta penduduk kampung.

“Saya tidak sangka dia akan buat begitu. Saya tidak tahu puncanya atau adakah dia ada masalah dengan ayah kepada mangsa?” katanya.

5.Bapa rebah tengok jenazah tiga anak.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, hari ini ketika bapa tiga beradik yang maut akibat ditetak lelaki di rumah mereka di Kampung Sungai Haji Muhammad, Rungkup di Bagan Datuk, semalam rebah beberapa kali.

Bapa mangsa, Mohd Fadzil Mohammad, 32, antara ahli keluarga yang berada di situ dan dia kelihatan lemah sehingga terpaksa dipapah dan ditenangkan ahli keluarga terdekat yang lain.

6.Hasil bedah siasat
JENAZAH tiga beradik, Nur Ziah Fasihah Mohd Fadzil, 2, abangnya Muhammad Firash Zaffril, 3 dan Mohammad Faqhqih Zahirulhaq, 5, akhirnya dapat dituntut ahli keluarga selepas hampir 10 jam proses bedah siasat dijalankan, hari ini.

Bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh difahamkan bermula 9 pagi dan berakhir 7 malam.

Difahamkan hasil bedah siasat mendapati punca kematian ketiga-tiga mangsa adalah pendarahan berlebihan akibat luka hirisan dan tetakan di leher.

Jenazah tiga beradik itu kemudian dibawa dengan van jenazah untuk dihantar ke kampung halamannya di Ulu Dedap, Seberang Perak, untuk dikebumikan.

Kesemua jenazah selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Ulu Dedap selepas solat Isyak tadi

Tags: #3 Beradik #6 Fakta #disebalik #Kejam #pembunuhan