5 Makanan Anda Perlu Elakkan Ketika Sakit Kepala

693 views
sktSetiap dari kita pasti akan mengalami sakit kepala. Memang tak tahan kalau kena sakit kepala.
Banyak perkara yang membuatkan anda diserang sakit kepala. Antaranya mungkin di sebabkan tekanan, lewat makan, kurang minum dan tidak menghirup udara yang segar.
Tetapi, tahukah anda bahawa terdapat beberapa makanan yang anda perlu elakkan agar sakit kepala anda tidak jadi lebih parah?

 

Pisang
Elakkan dari makan pisang ketika sakit kepala. Ini kerana pisang mengandungi kompaun tyramine. Kompaun tersebut memburukkan lagi sakit kepala anda.
Kopi
Kopi memang mampu membuatkan anda bersemangat di pagi hari. Tapi jangan cuba-cuba untuk minum kopi ketika sakit kepala kerana kandungan kafein buatkan anda lagi sakit kepala.
Ais krim
Anda sukakan ais krim? Sebaiknya jauhi ais krim ketika sakit kepala. Kajian mendapati, makan ais krim akan menambah kesakitan sakit kepala.
Coklat gelap
Makan coklat mampu membuatkan anda rasa rileks. Tapi jangan cuba untuk makan ketika sakit kepala kerana ia sama seperti kopi yang mangandungi kafien dan mampu membuat anda migrain.
Keju
Tahukah anda bahawa keju mengandungi tyramine? Dan kompaun ini semakin membuatkan kepala anda jadi lebih sakit.

Tags: #sakit kepala #ubat sakit kepala