5 beranak Naik Motosikal Balik Kampung Dari Butterworth Ke Ipoh

556 views

lkop

5 beranak Naik Motosikal Balik Kampung Dari Butterworth Ke Ipoh|Lima beranak sanggup menempuh perjalanan berbahaya sejauh kira-kira 149 kilometer dengan menaiki sebuah motosikal untuk pulang ke kampung pada Selasa.

Turut bersama mereka, seekor kucing yang diletakkan di dalam raga motosikal.

Kisah itu didedahkan oleh seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Hasnul Zulkarnain yang sempat merakam video pasangan yang dipercayai suami isteri itu membawa tiga anak mereka yang tidak memakai topi keledar keselamatan.

Menurut Hasnul, dia terserempak dengan lima beranak itu di Tol Jelapang dan menahan mereka dengan hasrat untuk memberi sumbangan.

Pada mulanya, dia menyangka motosikal terbabit dinaiki oleh empat orang tetapi sebenarnya lima orang termasuk tiga anak pasangan tersebut yang dipercayai berumur antara satu hingga empat tahun.

“Keluarga ini menaiki motosikal dari Butterworth untuk pulang ke rumah mentua di Kampung Simee di Ipoh.

“Saya berharap lima beranak itu selamat dan dipermudahkan hidup mereka,” kata Hasnul.

Bagaimanapun identiti pasangan suami isteri tersebut tidak dapat dikenalpasti.

Tags: #5 beranak #Balik #Butterworth. Ipoh #Kampung #Naik Motosikal