4 mati lemas seorang belum ditemui

263 views

4 mati lemas seorang belum ditemui|PASIR PUTEH 16 Feb. – Seorang lelaki dan seorang wanita serta dua kanak-kanak ditemukan mati lemas berhampiran sebuah resort di Pantai Tok Bali, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.34 pagi.

“Kita telah mengerahkan 10 anggota bomba ke tempat kejadian.

“Empat mangsa yang ditemukan pihak bomba telah di bawa ke Hospital Tengku Anis di sini menggunakan kenderaan Land Rover oleh pihak polis,” katanya.

Katanya, pihak bomba kini sedang giat melakukan usaha mencari seorang lagi mangsa iaitu Khaizuran Waliyuddin Suhaimi, 5.

Mangsa yang meninggal dunia ialah :

1. Yazul Bahari Bin Yakob, 46, dari Serdang Selangor

2. Yusnina Bt.Yakob, 38, Kampung Padang Kijang, Tanah Merah, Kelantan

3. Yasmin Nor Aliza Bt Yazul Bahari, 10 tahun

4. Zufika Bt.Suhaimi, 10 tahun

Tags: #4 mati #lemas #pantai tok bali