[4 Gambar] Pelajar Kolej Maut Terjun Dari Tingkat 16

2191 views

 

iopoi

[4 Gambar] Pelajar Kolej Maut Terjun Dari Tingkat 16|Georgetown: Seorang gadis berusia 21 tahun ditemui mati selepas terjun dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Jalan Gangsa, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.20 petang, mangsa, Darshwim Premkumar, seorang pelajar kolej swasta dikatakan bergaduh dengan teman lelakinya yang berada di Ipoh, Perak.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, berdasarkan pemeriksaan awal mangsa dipercayai kecewa sebelum naik ke tingkat 16 dan meninggalkan selipar yang dipakai di kawasan koridor.

Katanya, keluarga mangsa kemudian mengesahkan selipar yang ditemui itu adalah milik mangsa.

“Punca sebenar kejadian masih disiasat dan kes diklasfikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya ketika ditemui di Program Pencegahan Jenayah Amaniya Timur Laut Bersama Komuniti di Flat Free School hari ini.Harian Metro

13321722_489686874558587_3114558122668410779_n

kiop

8987

Tags: #BUNUH DIRI #cinta #Gambar #Kolej #Pelajar #tanpa sensor