WhatsApp Terakhir Bincang Bulan Madu

1048 views

12662715_451095831751025_35730257155195183_n

WhatsApp Terakhir Bincang Bulan Madu|Klang: Pemandu van sekolah yang mati dibelasah bapa saudara seorang murid di Sungai Udang di sini, berkongsi perasaan terujanya dengan tunangnya menjelang perkahwinan mereka bulan ini, termasuk bertanyakan lokasi bulan madu mereka melalui pesanan WhatsApp terakhir beberapa jam sebelum kejadian yang meragut nyawanya petang semalam.

Tunangnya, Siti Umi Kalthum Md Sopian, 32, berkata Mohd Izhharuddin Nordin, 24, tidak menelefonnya seperti kebiasaan semalam, sebaliknya mereka berbual melalui WhatsApp.

“Biasanya arwah menghubungi saya setiap hari tetapi tidak berbuat demikian semalam.
“Ketika kami berbual melalui Whatsapp, arwah berkongsi rasa terujanya menjelang perkahwinan kami,” kata anak kelima daripada sembilan beradik itu yang ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Kampung Delek pagi tadi.

12651070_451095875084354_2721806156842179950_n

Menurutnya, beberapa jam selepas itu, dia mendapat panggilan telefon daripada kakaknya memberitahu ternampak seorang lelaki memandu van sekolah membawa murid sekolah agama, terbaring di tepi jalan ketika kakaknya itu melalui lokasi kejadian.
“Saya yang memang sudah berasa tidak sedap hati sejak beberapa hari lalu, menghubungi bapa arwah (Nordin Mat, 40) bertanyakan keadaan tunang saya itu pada 7.30 malam untuk pengesahan.

“Luluh hati apabila dimaklumkan lelaki itu adalah Mohd Izhharuddin lalu terus bergegas ke tempat kejadian,” katanya yang sudah hampir tiga tahun menjalin hubungan dengan tunangnya itu.

Menurut Siti Umi Kalthum, mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari ini manakala majlis pihak lelaki pada 28 Februari.

“Persiapan perkahwinan sudah 80 peratus dibuat, termasuk pihak lelaki sudah mengedarkan kad jemputan,” katanya.
Guru KAFA itu berkata, dia sudah seminggu berdebar-debar, tidak sedap hati, gelisah dan sukar tidur pada waktu malam.
“Biasanya jika saya berasa seperti itu, ada perkara buruk bakal berlaku,” katanya,
Bagi Siti Umi Kalthum, tunangnya memiliki ciri lelaki yang diidamkannya, termasuk peribadi yang baik, mudah senyum dan berperwatakan lembut.

“Dia lebih banyak menghabiskan masa di surau dan masjid,” katanya yang pasrah dengan kejadian malang itu
Sementara itu, ibu arwah, Hasniza Ahmad, 48, berkata anaknya sudah tiga tahun bekerja sebagai pemandu van.
“Mohd Izhharuddin prihatin dan sayangkan budak. Setiap kali menghantar pulang murid ke rumah masing-masing, dia akan pastikan semua yang pergi dan pulang bersamanya, cukup.

“Jika ada yang kurang, dia patah balik ke sekolah dan mencari murid yang lambat keluar kelas.
“Kejadian semalam sepatutnya boleh diselesaikan dengan baik, bukan sebaliknya.
Kami sekeluarga reda biarpun sukar menerima terima hakikat. Saya harap orang melakukan perbuatan itu akan mendapat hukuman sewajarnya,” ,” katanya yang ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), hari ini.

Abang Ngah tiada ganti

12631375_451095858417689_6697486972825487773_n

Rata-rata pengguna Facebook (FB) mengecam tindakan seorang lelaki menumbuk pemandu van sekolah sehingga menyebabkan mangsa mati dalam kejadian di tepi Jalan Kampung Sungai Udang, Klang, malam tadi.

Mohammad Izhharuddin Nordin, 24, dipercayai dibelasah bapa saudara seorang murid selepas dia dikatakan tertinggal kanak-kanak itu ketika mengambil murid yang pulang dari sekolah agama.

Seorang pengguna FB menggunakan nama Anis Wardina berkata, dia memanggil Allahyarham yang selalu menghantarnya ke sekolah dengan panggilan Abang Ngah.

Dia menganggap tiada siapa yang boleh menggantikan tempat Allahyarham yang alim dan rajin berpuasa sunat.
“Abang Ngah selalu ambil saya dan budak sekolah lain pada waktu pagi. Saya rasa tiada siapa boleh menggantikan tempat Abang Ngah yang kuat iman, rajin puasa enam walaupun Abang Ngah sedang menghantar kami semua pulang ke rumah.

“Abang Ngah ni kami semua anggap macam abang kandung sebab Abang Ngah sangat peramah dengan budak-budak yang dia bawa tu,” katanya dalam ruangan komen di FB Harian Metro.

Seorang ibu yang anaknya turut menggunakan perkhidmatan van Allahyarham menyifatkan mangsa sebagai orang yang tidak pandai meninggikan suara.

“Arwah orangnya baik, tidak tahu tinggikan suara. Anak akak, arwah ambil pergi dan balik sekolah setiap hari.
“Lepas ini tiada dah orang yang sentiasa tersenyum,” katanya yang menggunakan nama Kak Dee di FB.
Pengguna lain yang menggunakan nama Shahryne Shah berharap agar pelaku yang menyebabkan kematian jirannya itu dikenakan hukuman setimpal.

“Moga kau tenang di sana jiranku dan ditempatkan dia dalam kalangan orang beriman.
“Kita kenal sejak sekolah rendah lagi, naik bas sekolah sama-sama dan waktu itu ayahnya, yang dikenali sebagai Pak Ngah yang bawa bas itu.

“Aku harap pembunuh dikenakan hukuman setimpal dengan perbuatan dia,” katanya.
Individu menggunakan nama Munzir Abdullah di FB yang dipercayai bakal adik ipar mangsa, kecewa kerana majlis yang dirancang tidak akan terlaksana.

“Al-Fatihah untuk kau bakal abang ipar. Aku tahu kau baik. Tiadalah majlis pernikahan kau dan kakak aku nanti.
“Tak sempat aku nak bergambar dengan kau. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh,” katanya.

1.Suspek Tumbuk Maut Pemandu Van Bakal Dihukum Gantung

2.Kronologi Tumbuk Pemandu Van Sampai Maut

3.Luahan sayu tunang mangsa ditumbuk sampai maut

4.Arwah Puasa Ketika Ditumbuk Sampai Maut

 

 

Tags: #WhatsApp Terakhir Bincang Bulan Madu