Misteri Suara Zikir Alam Lain Tengah Malam Di masjid Jin

937 views

IMG_1279_thumb[2]

Misteri Suara Zikir Alam Lain Tengah Malam Di masjid Jin|Masjid Jin ini terletak di Kampung Panchang Bedena, Sungai Besar. Ianya kira-kira 8 kilometer dari Pekan Sungai Besar.

Masjid ini begitu digeruni kerana terdapat cerita-cerita penduduk di sekitarnya yang pernah bertemu dengan makhluk ghaib semasa berada disitu yang dipercayai Jin. Walau bagaimanapun, makhluk ghaib itu bukanlah mengganggu pengunjung masjid ini. Yang paling penting adalah niat kita untuk beribadah kepada Allah di masjid ini.

Masjid ini juga menampilkan keunikannya dari segi senibinanya. Pembuatannya daripada kayu menyerlahkan keistimewaannya.

Dipetik dari pengalaman seseorang.

_MG_1642_thumb[2]

Di Indonesia juga ada masjid yang dibina oleh Jin. Dimalaysia tidak kurang juga cerita-cerita misteri yang dikaitkan dengan jin ini.

Tapi fokus aku ialah ke sebuah kampung di Sungai Besar yang mana masjidnya dikaitkan dengan Jin.

Kebetulan melalui kawasan Sungai Besar lantas aku singgah ke Kampung Panchang Bedena bagi melihat senibina lama sebuah masjid yang kini di letak di bawah seliaan Muzium negeri Selangor (atas keunikkan senibinanya).

Masjid ini mula dibina sekitar tahun 1905 dengan melalui beberapa perubahan dan tambahan. Kini ia dibina semula dan diperbaharui dengan mengekal ciri-ciri traditional. Tidak pasti samada ia masih digunakan lagi oleh penduduk.

Ia dikaitkan dengan misteri dari cerita penduduk kampung(kononnya) yang pernah bersua dengan makhluk yang dipercayai Jin dan mendengar zikir dialun dari masjid ini pada waktu malam.

Cerita misterinya pernah dimuatkan dalam majalah bercorak kisah misteri iaitu Variasari pada Bulan Julai 2004. Entahlah, aku tidak mau mengiakan atau menafikan kerana Jin adalah makhluk Allah dan ada juga yang beriman.

Seperti Firman Allah : Tidaklah Kami ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepada-Ku.” (Adz-Dzariyat [51]: 56).

Aku berminat dengan senibina lama dan sering merakamkan gambar-gambar masjid atau rumah lama sebagai sebahagian dari koleksiku jadi sudah semestinya masjid ini menjadi salah satu subjekku.

Aku meninjau keseorangan ke kawasan dan masjid ini dengan menghayati senibina dan mengambil beberapa keping gambar, cuma pada satu ‘tempat’ bulu ‘kudukku’meremang secara tiba-tiba… WALLAHUAKLAM.
Kini, masjid ini diletakkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah pemantauan pihak Muzium Negeri yang mana keunikannya akan sentiasa terpelihara. Senibina masjid ini begitu unik memaparkan ciri-ciri tradisional.

Gambar masjid jin

_MG_1630_thumb[1]

_MG_1647_thumb[2]

Tags: #masjid Jin #Misteri Suara Zikir Alam Lain #Zikir Alam Lain