“Mak Nak Tidur Semeta” Kata Terakhir Seorang Ibu

1102 views

 

POPOP

“Mak Nak Tidur Semeta” Kata Terakhir Seorang Ibu |Idham remaja 17 tahun yang sepatutnya mencicipi masa remaja yang indah seperti halnya remaja lain,terpaksa menjaga ibunya asnaf 54 tahun yang terkena strok dan hampir koma sejak 8 bulan lalu Di Pasir Mas.

Ibu idham sebelumnya pernah dibawa ke doktor dan doktor mengesahkan ada sebagian daripada otak ibu idham yang sudah mati akibat dari pada Komplikasi stroke yang paling menakutkan.

Menurut Syazwan Fadeli lawatan pertamanya kerumah idham mengatakan Bagi saya, mesti salur darah kepalanya pecah teruk, dan sel-sel otak telah mati. Dan kena pada bahagian kaki tangan dan akibatnya, tak mampu bergerak lah sekarang. Muda lagi emaknya.

Sebelum puasa tahun lepas lah terjadi, ibu dia tiba-tiba sakit kepala yang sangat teruk. Idham membawa ibunya ke Hospital Lati, dan Idham kata dia ingat ibu dia kata,”Ma nak tidur semeta” rupanya itulah kata kata terakhir ibunya,katanya.

Semenjak dari pada itu ibu idham tidak lagi sedarkan diri sehinggalah pada hari ini,pun begitu ibu idham masih boleh menggerakkan mata tapi tidak bersuara dan berkemungkinan masih boleh mendengar,akan tetapi sudah tiada pergerakan.

12509262_928421913908573_4997509600264724436_n

Dulu ibu idham adalah seorang yang bekerja membuat kuih dan menumpangkannya di kedai kedai berhampiran,pukul 3 pagi saya dan adik bangun untuk menolong sama.mana kala adik Sebelum naik basikal ke Sekolah Menengah Perempuan (SMP), dia singgah dahulu letak kuih dan terus ke sekolah.

Tapi bila ibu terlantar lumpuh seluruh badan, tiada lagi pendapatan tetap. kami hanya bergantung hidup dengan duit sedikit hasil buat kuih bapak saudara dan sumbangan orang ramai sikit-sikit.luah idham

idham juga menceritakan keadaan dia dan adiknya zana 12 tahun yang turut berada dalam peperiksaan pada tahun lepas bersama idham,Idham tinggal sekolah 90 hari.karena terpaksa menjaga ibunya yang sakit.

Perlu bergilir jaga ibu, kadang-kadang Idham jaga, kadang-kadang bapa saudaranya. Terpaksa tak pergi sekolah.saya kena jaga ibu setiap empat jam, perlu masukkan susu dalam tiub di hidung, kena basuhkan badan dan paaling penting, kena pastikan oksigen dari Portable Machine,HRPZ2 yang sudi memberi pinjam kepada ibu Idham

Pada mulanya memang ada tindakan sekolah nak ambil ke atas saya, tapi alhamdulillah pihak sekolah memahami. Cikgu-cikgu ada juga bagi sumbangan.kisahnya.

Mana kala Adik idham Zana  hanya tertunduk  tak banyak berbicara. dalam lawatan Syazwan Fadeli .

Syazwan Fadeli dan rekannya  mengatakan sebelum melangkah keluar dari rumah usang itu berkata “sebelum melangkah pulang dengan hati yang sedih, saya ada bagitahu Idham, Idham jagalah ibu baik-baik, tak semua orang mampu jaga ibu sakit tau Idham.

Idham kata,”Mak jaga kita sejak kecik lagi dengan adik. Abah pergi tinggalkan kami masa adik umur setahun, selepas tu semua ma yang jaga makan minum duit sekolah, sekarang masa saya untuk balas semua untuk mak”
Jika ada pembaca yang ingin melawat atau ingin menderma, boleh hubungi syazwan untuk info yang lebih lanjut.

Akaun adik Idham:
0300741000154113
BANK SIMPANAN NASIONAL
MUHAMAD IDHAM BIN MOHD NOR

Semoga tabah adik Idham. You are really a good son.

Tags: #Idham #Kata Terakhir Seorang Ibu #Mak Nak Tidur Semeta