Gadis Lakar Wajah Hantu Yang Pernah Dilihatnya

2193 views

CWmXUpZVEAAGWCc

Gadis Lakar Wajah Hantu Yang Pernah Dilihatnya|Sukar untuk menjelaskan dan dipercayai orang lain dengan apa yang dilihat disebabkan perasaan takut ketika berhadapan dengan sesuatu yang orang lain tidak nampak.

“Boleh melihat hantu”inilah yang berlaku pada seorang gadis yang mempunyai kelebihan dalam hal tersebut

Seorang gadis, yang menggunakan nama Twitter @amalinaahmd, melakar rupa-rupa hantu yang dikatakan pernah dilihat olehnya.

Lebih menyeramkan, gadis tersebut menyertakan bersama kisah-kisah tentang hantu-hantu tersebut.

Kesemua lakaran tersebut dimuat naik oleh @amalinaahmd di laman Twitternya.

@amalinaahmd memulakan kisah lakaran itu dengan memuat naik keseluruhan gambar lakaran itu dengan kapsyen “Antara hantu mel selalu nampak”

CWmXUpZVEAAGWCc (1)

 

Dia kemudiannya menceritakan mengenai lakaran satu makhluk berkepala botak dengan berkata : “Yang mel pernah cerita intai dari bilik kosong kat asrama, gini lah rupa dia.”

CWmXtQYUkAIGTcC
Kemudian @amalinaahmd menyambung dengan menceritakan tentang satu makhluk yang menyerupai seorang kanak-kanak lelaki. Menurut @amalinaahmd, kanak-kanak itu selalu mengikutinya ketika dia mengambil peperiksaan akhir.

“Hantu budak yang pernah ikut mel balik bilik masa mel final ritu. Mel tak takut sebab budak baik. “.

“Oh ye semalam dia datang kat bilik. Ju-on tu. Tah kenapa dia datang tah rindu lah tu”, tulisnya.

CWmYKWWUsAAvjl4

Kemudian, @amalinaahmd menceritakan pula tentang cempaka. Ketika ditanya oleh seorang pengguna Twitter yang lain siapakah cempaka, @amalinaahmd berkata cempaka adalah kawannya.

“This is cempaka look a like. ”

“Cempaka. Dia dah tua dah sekarang ni. Tu yang last mel nampak lah. Pakaian serba kuning”

CWmYRXIU4AAhjuf

Dan menceritakan tentang lakaran terakhirnya, @amalinaahmd menulis :

“Dua ni selalu nampak kat asrama kosong and kat rumah kat tepi jalan every where.

“Mel pernah nampak pontianak kat asrama kat ikbn wakaf tapai. Hahaha berterbangan. Mujur tak dengar dia mengilai

“Besok tu demam”, tulis @amalinaahmd yang membahasakan dirinya Mel.

CWmYxrrUEAAuAmr (1)

Info tambahan

Gambar penampakan hantu terkini di malaysia

Tumpang selfie

Tumpang selfie

12360413_881599925269012_4363605815564471199_n

Senja berisi

Senja berisi

Tumpang balik

Tumpang balik

 

 

Tags: #gambar hantu #gambar wajah hantu #penampakan hantu #rupa hantu