Lepas Bersalin, Wanita Kena Elakkan 6 Perkara Ini..

570 views

kahMemegang status baru bergelar ibu sudah tentu banyak mengubah karektor diri seseorang. Bukan mudah ya bergelar seorang ibu.
Kalau tidak diatur dengan betul ramai ibu yang mengalami masalah baby blues atau nama pasarnya ‘meroyan’.

Akibatnya ramai ibu yang mengalami kekeliruan sehingga melakukan perkara yang hanya akan menambahkan lagi tekanan mereka. Berikut ini antara beberapa perkara yang tak sepatutnya dilakukan oleh para ibu selepas ada anak.

1. Membeli Semua Barang

Ini selalu berlaku bila hendak sambut kelahiran anak terutama anak pertama atau bila sudah lama tidak mengandung. Pantang nampak barang baby, semua hendak dibeli. Akibatnya bila bayi lahir, ada banyak yang tidak sesuai
atau tidak digunakan. Bukankahh merugikan. Jadi, pastikan jangan ikut nafsu bila beli barang keperluan bayi. Utamakan yang penting dulu. Yang tak penting jangan beli lagi kecuali bila sudah ada anak, dan memang perlukan barang itu.

2. Percaya Semua Cakap Orang

Oleh kerana masih tiada pengalaman, yang baharu bergelar ibu ayah mudah percaya cakap orang lain apatah lagi kalau mereka itu orang yang sudah berpengalaman membesarkan anak. Padahal bukan semua nasihat tersebut sesuai untuk anak sendiri.
Tapi tak salah mendengar nasihat dan pengalaman orang lain tapi jangan sampai terlalu bergantung kepada mereka kerana anda sebagai ibu tentu mempunyai cara tersendiri selain perlu mencari info keibubapaan yang lebih sesuai mengikut keadaan semasa.

3. Tak Cukup Tidur

Ibu memang biasa tak cukup tidur pada bulan-bulan pertama kelahiran bayi. Tapi ia bukan bermaksud bila ada bayi, anda memang susah untuk mendapat tidur yang cukup. Sebenarnya ia boleh diatasi dan di sinilah
kecerdasan anda sebagai ibu diuji. Pastikan anda mendapat bantuan daripada suami untuk bersama menguruskan anak. Aturkan waktu tidur si kecil supaya anda juga boleh tidur dengan lena. Bergilir dengan suami untuk menguruskan anak pada waktu malam jika dia menangis. Jangan semuanya anda hendak lakukan
seorang diri. Selain itu pandai-pandailah anda ‘mencuri’ masa untuk tidur di siang hari waktu bayi sedang tidur.

4. Terlalu Risau

Perasaan terlalu risau memikirkan anak adalah perkara normal yang akan berlaku dalam kalangan ibu baru. Bayi menangis, ibu risau, bayi tak tidur, ibu risau, bayi tak buang air besar, ibu risau. Pendek kata semuanya yang berkaitan bayi akan merisaukan ibu.
Sebenarnya ia memang perkara biasa kerana bayi yang baru lahir tentu masih perlu menyesuaikan diri dengan dunia baru dan membuatkan perilakunya juga berubah. Kalau ada yang pelik dengan anak anda, bertenanglah, perhatikan lebih teliti dan segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Tetapi sebaiknya, jangan cepat risau jika melihat perubahan pada bayi anda.

5. Tidak Ada Masa

Sebelum bayi lahir, mungkin ibu fikir dia boleh menguruskan masa untuk anak dan diri sendiri tetapi kenyataannya bila sudah ada anak tidak sama. Maka, jangan merancang perkara yang belum anda ketahui keadaannya kerana bimbang anda akan kecewa dan tertekan.
Sebaliknya, rancanglah masa untuk melakukan aktiviti sendiri di antara waktu si kecil tidur atau bermain apabila dia sudah lahir kelak.

6. Mengabaikan Suami

Ini perkara normal yang akan berlaku pada bulan-bulan awal bergelar ibu. Akibat terlalu fokus menguruskan bayi baru lahir, kadang kala ada isteri yang tidak sengaja mengabaikan suami. Alasannya, suami boleh menguruskan diri sendiri sedangkan bayi memerlukan lebih perhatian.
Padahal, menjaga hubungan dengan suami sama pentingnya. Bimbang kalau mengabaikan suami, ia boleh mencetuskan perasaan cemburu si suami terhadap bayi. Usahakan untuk meluangkan masa di waktu pagi ketika bangun dari tidur atau sebelum tidur malam untuk berbual dengan suami. Jangan lupa juga tanggungjawab sebagai isteri untuk melakukan hubungan intim dengan suami
supaya kemesraan suami isteri tetap terjaga.