Padah Beritahu Isteri Ingin Kahwin Lain

859 views
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Seorang wanita 41 tahun membunuh suaminya selepas lelaki itu menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi.

Mangsa berusia 50 tahun yang dikenali sebagai Yusri memberitahu hasrat untuk berkahwin dengan seorang gadis muda kepada isterinya di kediaman mereka yang terletak di Kaherah.

Berlaku pertengkaran antara kedua pasangan itu sehingga menyebabkan wanita yang dikenali sebagai Nima gagal mengawal kemarahannya dan bertindak menikam suaminya itu di kepala dengan menggunakan objek tajam.

“Wanita itu tidak dapat menerima hakikat bahawa suaminya itu ingin berkahwin lain kerana dia telah berkorban selama 28 tahun bekerja di merata tempat untuk membantu suaminya itu menyara keluarga,” kata sumber polis dipetik Emirates 24/7.