30 maut termasuk 27 kanak-kanak

349 views

30 maut termasuk 27 kanak-kanak|INDIA. Sekurang-kurangnya 30 termasuk 27 kanak-kanak maut, semalam apabila bas sekolah dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung sedalam 60 meter di kaki pergunungan Himalaya.

Pegawai kanan polis, Santosh Patialma berkata, nahas itu berlaku berhampiran Nurpur, kira-kira 325 kilometer dari ibu negeri Shimla.

“Kebanyakan murid yang terkorban berumur antara 10 dan 12 tahun. Seramai 12 lagi telah dikejarkan ke hospital kebanyakan mereka berada dalam keadaan kritikal,” ujarnya.

Penduduk setempat turut membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam bas sekolah terbabit.

Susulan tragedi itu, kerajaan negeri telah mengumumkan pampasan 500,000 rupee (RM30,000) kepada setiap keluarga mangsa.

Tags: #Bus #India #jatuh gaung