3 Sahabat Mati Lemas

1325 views

3 Sahabat Mati Lemas|Kota kinabau – Tiga orang murid mati lemas ketika mandi sungai di Kampung Inanam Laut dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M.Chandra berkata, mereka yang maut dalam kejadian 3.41 petang itu ialah Haikal Faiz, 10, Shahrizal Azhar, 9, dan Mohd Kharil Marisani, 10.

Kesemua mangsa meninggal di Hospital Likas ketika menerima rawatan dan mayat mereka akan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk dibedah siasat.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa mandi setelah balik dari sekolah. Sedang mereka mandi, tiba-tiba seorang daripadanya tenggelam. Kedua-dua rakannya cuba menolong tetapi mereka turut lemas,” katanya dalam satu kenyataan.

M.Chandra berkata orang awam yang menyaksikan kejadian itu menolong mereka termasuk menghubungi pihak bomba dan polis.

“Ketiga-ketiganya dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Likas. – Bernama

Tags: #3 murid ditemui mati lemas #3 Sahabat Mati Lemas #murid mati lemas #murid mati lemas ketika mandu #tiga kanak kanak mati lemas #tiga murid mati lemas