26 Maut 17 Cedera, Bus terlibat kemalangan ngeri

17990 views

26 Maut 17 Cedera, Bus terlibat kemalangan ngeri|Sekurang-kurangnya 26 maut dan 17 cedera parah,apabila Bus parawisata dengan No F 7959 AA terlibat kemalangan ngeri di turunan Cicenang jawa barat dalam kejadian semalam kira kira jam 17:00 petang.

Bus berkenan dikatakan membawa rombongan wanita koperasi dari pisangan ciputat tangerang selatan yang dalam perjalanan balik selepas berlibur dari Gunung Perahu bandung.

Kesemua mangsa yang terlibat telahpun di bawa kehospital subang untuk mengenal pasti mangsa meninggal dan merawat mangsa yang cedera.

Ketua polis subang M Joni berkata ,kemalangan itu berpunca dari Brek bus yang secara tiba tiba rusak ketika melalui turunan dan melanggar penunggang motorsikal sebelum bus berkenan berguling disepanjang turunan Cicenang.

Sementara menurut individu yang berada dilokasi kejadian berkata,sebaik sahaja mereka tiba, mayat-mayat mangsa tergeletak di sepanjang turunan,ada yang pecah kepala,hilang kaki bahkan katanya ada beberapa badan mangsa yang putus dua.

Tags: #Bus #Cicenang #rombongan parawisata #terlibat kemalangan ngeri #turunan