21 Pelajar Tahfiz Didera Secara Seksual

335 views

21 Pelajar Tahfiz Didera Secara Seksual|Seorang guru Maahad Tahfiz, di sini, membuat laporan polis berkaitan 21 pelajarnya yang dipercayai telah didera secara seksual oleh suspek dikenali sebagai seorang pemberi sumbangan, kelmarin.

Memetik sumber sinar harian difahamkan, guru tersebut telah membuat laporan di Balai Polis Daerah Kuantan, kelmarin.

Berdasarkan butiran laporan itu, kejadian melibatkan pelajar lelaki berumur antara 14 hingga 17 tahun yang dipaksa suspek melakukan hubungan seksual sejenis, diliwat dan menghisap kemaluan lelaki berkenaan hingga ada yang cedera.

Dalam pada itu, kesemua mangsa turut di pukul dan diugut bunuh sekiranya perkara dilakukan itu terbongkar kepada pengetahuan orang lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali telah mengesahkan laporan tersebut dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Tags: #21 Pelajar Tahfiz #didera #Secara Seksual