20 gambar pernikahan Almy Nadia, Fizz Fairuz

1035 views

Almy Nadia akhirnya selamat bergelar isteri kepada Fizz Fairuz setelah 8 tahun bercinta, majlis akad nikah di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang pada petang Sabtu. Mas kahwin sebanyak RM1,001. Fizz turut memberikan Almy wang hantaran RM20,000.

Pasangan itu telah menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun. Sepanjang tempoh percintaan itu mereka pernah putus dan menjalinkan hubungan semula. Dalam pada itu, Almy turut memiliki seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya, berusia lima tahun.

Majlis resepsi pasangan itu akan berlangsung pada 30 Mei depan di Hotel Vistana, Pulau Pinang. –mStar | gambar The Permaisuris

Tags: #Almy #Fairuz #Fizz #Gambar #Nadia #pernikahan