2 Maut, 2 Cedera Dalam kemalangan Di Lebuhraya Bukit Jalil-Puchong

1230 views

GAMBAR KEMALNGAN BUKIT JALIL

 

BUKIT JALIL, (MLP) [DIKEMASKINI] – Sebuah kemalangan jalan raya berlaku di Lebuhraya Bukit Jalil sekitar jam 5.25 petang hari ini.

Dilaporkan, kemalangan itu melibatkan kereta Proton Wira Aeroback berwarna merah tua dan kereta Mazda 3. Pihak polis dan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian selepas 30 minit kemudian.

Menurut Timbalan Penguasa Polis Trafik, Kuala Lumpur, S. Markandan, siasatan awal mendapati pemandu kereta Proton Wira hilang kawalan lalu merempuh lorong bertentangan.

“Kereta itu kemudian memasuki jalan bertentangan dan merempuh kereta Mazda 3 dan kenderaannya diseret beberapa meter,” kata Markandan.

Dilaporkan, pemandu kereta Proton Wira mengalami kecederaan serius manakala dua daripada penumpangnya, seorang lelaki dan seorang wanita maut di tempat kejadian.

Pihak polis sedang mengenal pasti identiti mangsa.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Kemalangan itu telah menyebabkan kesesakkan lalu lintas sepanjang beberapa kilometer berikutan orang ramai mula memenuhi jalan raya sebaik waktu pejabat berakhir

GAMBAR KEMALANGAN

 

kema1

Tags: #bukit jalil #excident proton wira #jalan raya #Kemalangan #kemalangan dipuchong #Mangsa #mazda