17 penumpang bot terkorban di Bali

503 views



DENPASAR 10 Okt. – Seramai 17 orang tetamu sebuah majlis perkahwinan maut selepas bot yang mereka naiki karam dalam perjalanan ke kepulauan Bali, Indonesia, manakala berpuluh-puluh penumpang lagi masih hilang.

Jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, sebahagian mangsa yang maut itu terdiri daripada tiga kanak-kanak yang mana salah seorang dari mereka ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun. Sembilan kanak-kanak lagi masih hilang.

Pasukan penyelamat terpaksa menghentikan usaha menyelamat kerana hari semakin gelap, setakat ini seramai lapan daripada 49 penumpang berjaya diselamatkan manakala 24 yang lain masih belum dikesan.

Bot kayu berenjin itu rosak pada hari Selasa selepas meninggalkan perairan pantai timur pulau utama Jawa, Indonesia pada lewat hari Isnin. – AGENSI / Utusan

Tags: #Bali #Penumpang #Terkorban