10 tahun penjara curi coli

1683 views

10 tahun penjara curi coli|PENGANGGUR dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini terhadap tuduhan mencuri pelbagai makanan dan coli, minggu lalu.

Majistret Kamarul Hasyime Rosli menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Wan Badrul Hisyam Wan Nawang, 30, mengaku salah terhadap tuduhan berkenaan.

Mahkamah memerintahkan hukuman bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri dua baju dalam atau coli, sepaket berus gigi dan pelbagai jenis makanan bernilai RM357.51

Kesalahan dilakukan di pasar raya di bandar ini pada 2.15 petang, 11 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shahirun Azri Mohd Nordin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan dengan alasan dia sakit dan tidak dapat bekerja.

Bagaimanapun Muhammad Shahirun Azri memohon hukuman berat untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai supaya tidak mengulangi kesalahan sama.

Tags: #10 tahu #Coli #Curi #Penjara