10 Sebab Lelaki Memilih Untuk Membujang

729 views

 10 Sebab Lelaki Memilih Untuk Membujang | Mengikut pergaulan Dr.Tuah Iskandar, seorang  pakar motivasi dengan golongan ini, terdapat beberapa sebab mengapa lelaki memilih untuk membujang.

Foto : by miguelanxo

Foto : by miguelanxo

1. Memang tiada nafsu pada wanita
2.Ada pengalaman pahit dalam bercinta. Mungkin ditinggalkan kekasih
3.Dilahirkan dalam keluarga porak peranda atau pernah melihat kekejaman ayah terhadap ibunya
4.Terlalu mencintai seseorang dan apabila cinta tidak kesampaian, terus hilang selera untuk berkahwin
5.Takut tidak bahagia apabila berkahwin nanti
6. Tidak mempercayai golongan wanita
7.Merasakan diri bebas dan selesa hidup seorang diri
8.Terlalu sibuk dengan pelajaran atau kerjaya
9.Takut tidak boleh perform sebagai suami dan takut mendapat anak cacat atau tidak cemerlang sebagaimana dirinya
10.Menulah pihak lain. Misalnya sebab engkau tidak kahwin dengan aku, sampai bila-bila aku tak kahwin.Padan muka engkau ( sepatutnya padan muka aku!)

Memang betul setiap orang ada alasan mereka untuk berkahwin atau membujang.

Namun sabda Rasulullah :

Tidak ada Rahbaniah di dalam Islam (iaitu hidup membujang sampai ke akhir hayat )

Memang ada lelaki yang asalnya sempurna menjadi gila selepas kahwin. Tapi lihat juga berapa ramai lelaki yang dulu tidak sempurna selepas berkahwin menjadi orang yang berjaya dan dihormati.

Sebab itu wanita penting dalam kehidupan lelaki. Dan sebab itu juga wanita adalah insan ke dua yang ALLAH ciptakan selepas Nabi Adam a.s.

Sumber dan rujukan : Membina Hati Bahagia ( Dr.Tuah Iskandar al Haj )

Tags: #drtuah #motivasi #motivasi cinta #sebab lelaki membujang #ti cinta