10 Fakta Menarik Tentang Twitter

594 views

twetter

 

Bagi mereka penggemar media sosial, sudah pasti media Twitter menjadi pilihan utama mereka untuk berhubung (selain Facebook). Penggunaan Twitter telah menjadi satu medium untuk berkongsi informasi (benar atau palsu itu belakang cerita!!) secara pantas.

Berdasarkan perkongsian yang digarap dari sebuah blog disini, berikut ialah fakta ringkas tentang twitter:

10. Akaun Palsu

2

Satu akaun palsu atau fake account agensi berita telah menyebabkan pasaran saham jatuh seketika dan kerugian lebih $130 billion dolar Amerika pada tahun 2013. Tweet berkenaan mengatakan bahawa Presiden Amerika Barrack Obama tercedera berikutan siri letupan di White House.

9. Tweet Pertama

2

Tweet pertama dihantar pada tahun 2006 oleh pengasas bersama Twitter Jack Dorsey. Dalam tweet ringkas itu beliau menyatakan sedang mengemaskini akaun Twitter beliau. Twttr adalah nama asal yang dicadangkan selain Friendstalker. Kekayaan Jack Dorsey kini dianggarkan bernilai $2.2billion dolar Amerika.

8. Tweet Ugutan

2

Pada tahun 2009, Daniel Knight Hayden menjadi orang pertama didakwa di mahkamah kerana membuat ugutan melalui tweetnya. Daniel dalam tweet berkenaan ingin “berperang” dengan kerajaan Amerika dan mengugut untuk memotong kepala polis.

 

7. Hashtag #

2

Hashtag #nowthatchersdead telah menyebabkan orang ramai keliru dan percaya bahawa penyanyi Cher telah mati dimana sebenarnya Margaret Thatcher yang mati. Menimpa nasib yang sama ialah penyanyi Susan Boyle dengan hashtag #susanalbumparty dimana orang ramai menganggap sebagai sus-anal-bum-party. Hashtag tersebut sebenarnya adalah promosi untuk album Susan Boyle.

6. Tweet Satu Billion

2

Tweet satu billion mengambil masa selama 3 tahun 2 bulan dan 1 hari untuk mencapai ke angka tersebut. Pada masa ini, satu billion tweet hanya mengambil masa selama 48jam.

5. Meramal Penyakit

2

Satu kajian telah dijalankan pada tahun 2013 dimana para saintis menggunakan data Twitter untuk meramal wabak selsema berdasarkan 167,995 tweet. Tweet berkaitan penyakit itu dapat meramal wabak tersebut di 9 buah bandar dari 11 bandar yang dianalisa.

4. Twitter

2

Twitter terkini dianggar bernilai $30bilion dolar Amerika. Namun ianya tidak pernah mencatatkan untung dan pada laporan kewangan 2013 Twitter melaporkan kerugian sebanyak $645 juta dolar Amerika.

3. 50cent

2

Penyanyi rap terkemuka, 50cent dilaporkan memdapat keuntungan sebanyak $5juta dolar Amerika setelah menggalakkan pengikut Twitter beliau supaya membeli saham H&H Imports. Syarikat yang hampir lingkup itu adalah usaha sama dengan Fiddy.

2. Arab Saudi

2

33% pengguna internet di Arab Saudi menggunakan Twitter secara aktif. Ianya lebih banyak dari mana-mana negara. Manakala pengguna internet di Amerika hanya menggunakan Twitter sebanyak 11% secara aktif.

1. Fifa World Cup

2

Bintang filem lucah terkenal di Belanda, Bobbi Eden berjanji kepada 100,000 pengikut Twitter untuk melayan mereka sekiranya pasukan Belanda berjaya memenangi Piala Dunia 2010. Malang buat peminat bintang filem lucah itu, Belanda tewas pada perlawanan akhir Piala Dunia 2010.

Tags: #awek twitter sexi #kegunanaan twitter #pakta twitter #tentang twitter #twitter lucah